Sunday, November 1, 2009

SEJARAH PENTING MENUJU KEMERDEKAAN

Parti Perikatan
Parti Perikatan terawal ialah UMNO dan MCA.Mereka bergabung dan bertanding di pilhanraya Kuala Lumpur dan menang 9 kerusi.Berikutan itu mereka menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada 1949 untuk membincangkan masalah ekonomi,politik di kalangan etnik.
Pilihanraya Persekutuan 3 Februari 1953
Parti Perikatan dengan keanggotaan UMNO,MCA dan MIC bertanding di pilihanraya persekutuan yang pertama.Mereka menang 51 kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan.Ini memberi isyarat kepada British bahawa rakyat Tanah Melayu telah bersedia dan bersatu padu untuk mencapai kemerdekaan.
Perjanjian London Januari 1956
Rombongan kemerdekaan berangkat ke London untuk mendapatkan kemerdekaan dari British.Tunku Abdul Rahman mewakili rombongan tersebut bersama 8 orang wakil dari Raja Raja Melayu dan Parti Perikatan..Antara wakil raja ialah Datuk Panglima Bukit Gantang,Datuk Aziz Majid dan wakil Perikatan ialah Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak,Tun H.S Lee.Akhirnya pada 8 Februari 1956 British telah menandatangani Perjanjian London dan bagi kemerdekaan kat Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Melalui perjanjian tersebut:
a) 9 buah negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu termasuk Melaka.Singapura tanah jajahan berasingan.
b) British menempatkan tenteranya di Tanah Melayu
c) Suruhanjaya Reid ditubuhkan
d)Tanah Melayu dalam lingkunganKomanwel dan mengamalkan pemerintahan demokrasi
Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Reid ini ditubuhkan pada 1956 untuk menggubal Perlembagaan Malaysia yang sedia ada.Perlembagaan yang hendak digubal hendaklah mengambil kira:
a) Kerajaan Pusat yang kukuh
b) Memelihara kedudukan Raja Raja Melayu
c) Memelihara hak orang Melayu
d)Mewujudkan jawatan YDP Agong
Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk mendapatkan persetujuan dan pandangan dari orang ramai,parti politik,individu dan Raja Raja berkaitan penggubalan dasar Perlembagaan khususnya berkaitan hak istimewa org Melayu.Inilah yang dinamakan sebagai kontrak sosial.Melaluinya 131 memorandum dicapai.Akhrnya Perlembagaan Malaysia diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

FIRST PAPER CTU

arini first paper final exam aku...waaaaaaaaa...nerves seyh...seb bek da wat solat hajat baca yasin tenang sikit jawab.apapun Allah mempermudahkan urusan aku tadi...alhamdulillah...next paper 5hb ni...arini nak rilek dulu.ahaks..

Sunday, October 25, 2009

SUCK

alhamdulillah...seminggu yang lepas ni sangat suck bg aku...mcm2 keje...start isnin test channel,hantar asgmt grup sales,test mr,presen grup sales,present grup channel,test marcom,hantar repot mr dan yang terakhir anta repot bel...peh...mcm nak mampus aku dibuatnya....a week with damn suck....apepun aku satisfy keje suma berjalan ngan lancar akhirnya.....tgl lagi satu je ni report marcom n then prepare 4 da final...so selamat berstudi kepada semua....chaiyok2~!

Wednesday, October 21, 2009

CERITA KEDAI KOPI

Sejak dua menjak ni kat Segamat ni if kita perasan ada sikit pembaharuan...apa dia?
1) MDSU da renovate pasar awam kat segamat..katanya nak buat pasar baru!!
2)Terminal pengangkutan awam Segamat sedang dalam proses renovation...wah bagus2..ada lot ruang niaga di tingkat bawah tuk disewa...sapa nak kontek ye!!!
3)KTM Segamat sedang upgrade facility kat terminalnya...wah...dah ada 2 tandas baru..n tempat duduk yang selesa skit ar...
4)Adala skit pembukaan lot rumah kedai baru n taman baru sebelah Petronas Sekolah Paduka Tuan tuan..hehe
5)Lain2 yang extravaganza takde lagi..ops lupa..tahniah Petronas Jalan Muar..pembukaan petrol pam baru DI BAWAH PENGURUSAN BARU....hehe

NUR KASIH

nur kasih.....
drama yang tengah hot skrg kat tv3....every week 1 jam siaran setiap jumaat je....jalan cerita memang tip
top...skrip asal arahan isteri khabir bhatia sapa ntah namanya lupa!pengarah khabir batia..khabir bathia tu sendiri
memang diakui hasil kerja tangannya xleh dipertikaikan...remember filem CINTA..ada 5 cerita berlainan dalam
satu filem...masyuk seyh....beliau ni pandai menggarap cinta n pilih scene yang menarik....berbalik kat nur kasih
ni aku dulu cukup menyampah tgk cite ni first time...sbb tgk jap je...selepas 16 episod aku mcm tergerak nak
tgk..then mintak dari ousmate aku nur kasih the series...aku layan 1 episod then episod...sedar xsedar aku da
layan 10 episod..pergh...patutla aura dia kuat....aku xdapat nafikan..da jatuh cinta kat drama ni..banyak bg aku
seribu satu makna yang tersirat....pelakon2 pun cukup hebat...gadis2 pun cukup ayu memakai tudung
ariani...haha..yeke..tapi tu la...alangkah bagusnya jika kisah yang dipaparkan dan dilakonkan oleh semua
pelakon tu menggambarkan imej pelakon2 tersebut di luar...terutmnya nur fatima@ tiz zaqyah razak...mak datok
aku search gambar2 dia mcm xcaya..leh lakonkan watak baik mcm tu...if watak dalam drama sama cam kat luar
aku gerenti bersusun lelaki2 kaya n pak bilal ustaz nak datang melamar...tapi kita ni sapa...fantasi xsemestinya
realiti...da....

DI PAGI RABU

mengantuknya.................nak p kelas marcom pun malas..tapi kena gagahkan diri gak..sebab ada banyak benda
nak settle kat dalam....semalam satu hari xbuat apa...padahal keje banyak lagi xbuat...esok ada 2 pezent,1
test.lusa kena submit 2 report...adoyai...mcm ni la student..time ada masa tanak guna.time xcukup msa barulah
mengomel bukan2...haha...itulah aku...daa...

Monday, October 19, 2009

TENSEN

tensen2....banyak sgt keje...td da setle test channel...n anta report sales...mlm ni kena laja
mr...adoyai....dahla td xdtg claz IM lec check pulak blog...adoyai...

Friday, October 16, 2009

SPONTAN

spontan..penah dgr sitkom ni?penah tengok cite ni?aku pun baru tau je pg td...besela kat umah ada pakej basic
je..hahaha.....bapak lawak giler..naik senak
aku...sitkom ni disiarkan kat stesen tv berbayar astro dlm pakej barunya astro mustika dlm saluran astro
warna....pengacara mcm biasa sharifah shahirah...pelawak setiap episod sudah tentu afdlin shauki,din
beramboi,zizan,sorang mamat cina...n sorang lagi artis undangan...setiap minggu ada 2 segmen...tah pape
la..pecah perut seyh..kalah raja lawak...dgn adanya sitkom ni bertambah la ceria dunia hiburan kat malaysia...yg
pastinya bg peluang kat pengguna astro tuk mendapat pilihan hiburan yang pelbagai dari astro serendah rm13
tuk 3 saluran sekaligus... dari astro...so sesapa nak tgk leh dload kat
you tube jew..xpayah beli pakej mustika..haha...pastikan anda sediakan tisu n air mineral kat sebelah laptop or
pc anda..tq

MALAS

malas nya nak wat asgmt..nak studi...napa la sikap malas ni susah nak dikikis especialy dlm diri aku n suma2
student uitm ni....mcm bese bila malas satu apa pun xjalan..tapi nak dapat mcm2...nak keje bagus2....cmna
ni...bila la aku dapat tgk suma keje2 aku siap..malas2 napa la ko ada kat diri aku...syuh syuh syuh...kalau la bole
disingkir dgn semudah itu kan..tapi kita ni sapa...be strong be yourself...daaa...

DIRI AKU TUK HUJUNG MINGGU

lega rasanya..semalam da anta report grup channel...semalam da test sales...susah gak soalan...so hujung minggu
ni aku kena prepare tuk asgmt n test......jumaat depan da nak habis kelas..n stat da tuk struggle for
final....3test,4 asgmt(report) and 3 pezent kena siapkan.semua submit next week....argh!!!tensennya..dak2 umah
aku suma balik...sorang je x..best giler
dak2 b.fin ni....rilek je..jeles aku...dak2 b mkt ni punyala xcukup tgn wat keje..haha...anyway aku akan
berusaha tuk settlekan semua ni..n try cari one day tuk release tension...ahad mlm ni ada dinner...baju raya
xbawk..pki bese2 jela..wat cukup syarat..ahaks..

Tuesday, October 13, 2009

ALAHAI MARCOM....

3 ari xupdate blog...bz giler....isnin aritu test marcom tapi ahad mlm tu mls gila siap lepak2 ngan badek gonzalez...bercerita ttg masa depan yang tidak pasti..hehe...agak giler ar nak study....mlm tu bila dapat paper mak datok ada case study..dammit!!!soalan suma susah kot...dgn redha nya aku jawab je apa dalam kepala....habis jwb anta kertas trus blah...malas nak pk apa da..arini berhempas pulas betulkan presentation bel..agak celaru otak aku...nak wat cmana tangan ada 2 je bukan ada 6..anyway td prezent lec tanya 2 soalan je..either bagus or worse presentation ktorg....aku terima je..n report carry 60%...so hope our group can write a good report..yeah!!!!

PETRONAS KINI DIBUKA!!!!!

akhirnya setelah sekian lama petang ni ngan rasminya Petronas Gemereh da dibukak....so kepada semua warga UiTM xperlu runsing2 kepala xpayah susah2 nak p bandar isi minyak...Petronas kan ada...aku pun terperasan tadi masa otw balik dr kelas Bel tadi. nampak ada 2 orang maskot pegang bendera tuk bgtau kat kita Petronas da bukak..haha cian..panas2 kena diri situ...tapi xpe duit masuk...harap2 management baru ni xbuat masalah lagi ye....daa...

Saturday, October 10, 2009

UITM YANG TERCINTA

Uitm segamat...dlu msa skola kat sini pernah la masuk sekali je sbp aku ada program jati diri kat kem wawasan depan kolej baiduri...lain dari tu malas nak amik tau...then sejak dok 3 taun dlm ni brula aku tau cmana kehidupan kat universiti ni...segalanya kena berdikari...sentiasa alert kat notis n memo....tapi apa yang aku nak tegaskan kat sini perubahan sgt ketara dlm 2 tahun ni semenjak provos baru menggantikan Dr Omar....pengarah baru ni Prof Dr Hj Mohd Kamil Ibrahim ni namanya...semenjak dia masuk satu aura baru masuk ke Uitm Segamat...sesuatu keindahan yang xpernah warga Uitm Segamat rasakan...kenapa?ini adalah antara pandangan aku..
1) Prof seorang leader yang mementingkan Islam sebagai priority dalam melaksanakan aktiviti2 dalam kampus...cthnya cenderahati untuk pengarah biasanya frame mahal2, plag or so on..tapi beliau lebih suka dihadiahkan buku2 agama dan buku ilmiah serta buah buahan..
2)Beliau cukup mementingkan solat sebagai nombor satu...Beliau sentiasa menggalakkan semua warga kampus student staff even pak guard tuk sama2 solat 5 waktu berjemaah di masjid.Dan bukan perkara yg mustahil melihat beliau sentiasa ada solat 5 waktu di masji As Syakirin...jika tiada maknanya beliau ada tugasan luar ataupun sebab2 tertentu.Dan sekarang sbg center dalam Uitm ni P.I da direnovate kan supaya fungsinya dapat dipelbagaikan melalui pemasangan lcd, projektor, tile,air cond,dan bilik air yang bersih.
3)hati ckup tenang melihat kerendahan diri yang ditunjukkan oleh beliau..susah nak jumpa orang yg berpangkat full profesor mcm dia....sebab faktanya org yg ada title prof kebiasaannya bukan semua ye cuma segelintir je dari mereka ni suka menyendiri xsuka bercampur gaul dgn org lain sbp nak jaga status...ini yg bole kita perhatikan..dan bole tanya dekat kampus induk kat Shah Alam.
4)bila mendengar kisah hidup beliau pada masa lalu kita xkan percaya bahawa yang ada di depan mata ini ialah Prof Dr Hj Mohd Kamil Ibrahim!
5)Beliau seoang yg suka menulis buku dan memberi ceramah dan nasihat...Antara buku tulisan beliau ialah Travelog Dakwah,Travelog Haji dan Travelog Umrah....
6)Melalui kredibiliti dan pengaruh beliau Uitm Segamat ni sekarang tengah rancak melakukan projek pembangunan di kampus dan projek renovation bangunan yang sedia. ada..mcm xpercaya je....sekelip mata mcm2 projek dtg kat Uitm Segamat ni...kat belakang DST,kat sebelah SR,seblah atm mchine,hostel n facilities lain..jadi aku sangat berbangga dan kagum ngan beliau....inilah yang dikatakan orang bila kita berbuat baik orang akan membalasnya bila kita dekat ngan Allah Dia senang memakbulkan doa kita.
7)Tapi service sbg Pengarah ni jawatn kontrak..bermakna dalam bulan 1 taun hadapan beliau akan bersara...ada dua pilihan je sama ada beliau akan direkemenkan dengan bos beliau supaya renew the position or someone else wll replace his position....so kita doakan je la agar beliau masih berada di sini sambung service beliau xpun jadi lecturer sepenuh masa kat Utim Segamat..insyaAllah sama sama kita doakan.

OPEN HOUSE

kul 2 petang td berlangsungnya open house kedai nasi beringin..aku n semua ousemate aku datang meramaikan orang n memeriahkan majlis...pergh!ramai gile org..korang pegi ke...rugi.x pegi..cina suma ada...siap tapau lagi xtahan tol...owner wat nasi beringin nasi tomato,ayam msk mrah n mi singapore....then ada pencuci mulut skit..yg seronoknya majoriti yg dtg staff,lecturer n student uitm..yela kedai tu memang terkenalla tuk lauk tengahari ni..coz lauk sedap n murah..nak dibandingkan ngan kedai ibu?haram...tumini atan?lagi la...so kitaorang memang amik lauk banyak2...blurp!kenyang giler....balik aku tukar persalinan n terus tdo..haha...

FINAL!!!

td aku baru tgk jadual final exam aku..wah hebat gak...25,1,5,8,10,12 okla x rapat sgt..tapi kan tetibe aku tersedar upenya bell takda final..aku mcm shocked skit sbp aku ingt ada final...masa test 1 aritu satu kelas xecpect lec wat aritu..dia ckp nak wat pas raya xsangka lak aritu...memang tibai je la...so skrg aku harap kat pezent n report bell jew...
menyentuh sal jadual aku..yang first tu ctu..td baru je lepas test 1 ctu...kecewa lagi....haha..bukan apa...banyak kot nak baca ctu tu last minit lak tu..lagi satu tatau mana satu isi dia..argh!!tensen....td pun da habis reda je...tuk final ni aku akan prepare awal..may Alla bless me...amin..

Wednesday, October 7, 2009

SEGAMAT HOHO SEGAMAT

segamat oh segamat
aku cukup sedih tengok pembangunan kat daerah ni...napa?yela habis degree ni aku da belajar kat segamat almost 10 years...5 tahun sekolah menengah 3 tahun diploma 2 tahun degree...tapi situasinye sama je...xde perubahan...apa yang sama..meh kita check.
1. Jalan segamat yong peng tu cukup teruk..berlubang sana sini...aku yang lalu konvoi nek moto balik rasa menyirap je..yela sport rim langgar lubang mau patah wo.apa MDSU buat?xpenah turun padang ke tgk jalan tu camna...cubala mintak bajet kat goverment wat highway yong peng ke segamat..kan bagus..ni x tdo je mkn gaji setiap bulan.
2.if diperhatikan pembangunan kat segamat ni xterancang....if nak pegi jpj kena p area bandar utama..if nak p jabatan bekalan air kt sebelah sekolah paduka tuan nun jauh kt bukit siput...nk pegi ppd kat depan rohaya..nak p tmnet kat traffic lite jambatan...nk p majlis daerah kat rock garden dkt ngan hq telekom daerah...so apa yang aku nak ckp ni pembangunannya xterancang...supposely pjbt2 kerajaan ni buatla setempat..kan senang...cth mcm kt kluang area pjbt kerajaan suma kat area library kluang kat atas bukit tu suma setempat..skolah skolah n ppd suma kat satu tempat depan balai polis kluang.kn senang mcm tu.
3.dm tempoh 10 taun ni perbezaan ketara antara bandar segamat ngan kluang..buktinya dulu kluang Majlis Daerah Kluang Utara..now Majlis Perbandaran Kluang..segamat dari dulu sampai sekarang Majlis Daerah Segamat Utara gak.u know sometimes i see Tangkak lagi membangun dr segamat..haha...yang ketara kat Kluang dlm tempoh kurang 4 taun 2 shopping mall naik kt kluang...pembangunan pun da cukup banyak..now on porgrss hospital baru kat jalan kota...xpasti hospital awam or swasta..tp memang rasa happening...mlm pun terasa life mcm kat jb n kl...segamat?dok umah sudeh.xpun mapley.karok.buhsan ma..
4.jika nak kata apa spesel segamat?first durian segamat.second ikan sungai kat RZ restoran.third soto kg jawa..lain?tatau lak..tapi bila ckp sal social life?wayang xde.shopping mall xde...bukan la nak meggalakkan sosial...cuma bila dipikirkan segamat ni ada Uitm,kolej komuniti,kolej jururawat n Universiti Tun Abdul Razak...bila di combine total student suma lebih kurang 10000 lebih kot.uitm je ada 6000...jadi adalah satu keuntungan if pihak berkuasa segamat cari inisiatif tuk cari plabur tuk merealiasikan benda ni....yng untung segamat jugak...then purchasing power pun leh naik sesuai dgn facilities yang ada...fyi sebelah terminal segamat tu sebenrnya na buat shopping mall 8 taun yang lepas..then pojek tu terbengkalai mcm tu je..
5. fyi if korang perasan kat segamat ada bandar atas n bandar bawah..bandar atas area bangunan mara ke atas sampai kat jakel suma..bandar bawah start dari greenpoint sampai giant..ada nampak la perbezaan bangunan lama ngan baru..cuma satu yang xbst..bangunn lama ni sil tebiar..xterjaga..at least cuba wat pemuliharaan mcm pihak berkuasa melaka wat...bangunan lama tapi wajah ceria...sedap skit mata memandang...customer pun xsegan nak melangkah masuk ke dalam kedai kita kan.
p/s:bukan nk condem tapi just nak berkongsi pendapat je untuk kebaikan bersama..renung renungkan dan selamat beramal...

PETROL OH PETROL




aku tengok sejak dua menjak ni da ada penghuni kat petronas segamat..apa diorang buat...haha...diorang tengah renovate petro kiosk tu..maknanya?means ptronas akan dibuka balik...seronok yey....xpayah aku pegi ke bandar nak isi minyak semata...dgr cite napa company dulu bankrup sebab diaorang punya cycle flow money tu xbetoi..so banyak short la...expenses more than revenue... salah dlm manage duit la.ke ada sebab lain?comment!.isk2...kalau aku la tokey petronas tu aku jaga baek2..yela location da strategik kot....ari2 ada je kete lalu...high potntial kot plus laluan utama ke highway tangkak muar mlaka n kl...haha...

KOTAK HATI

tetibe nak cakap satu benda lak..hehe...citenya mcm ni :
1.setiap pagi aku rasa susah nak bangun..padahal sebelum tdo da niat" ya Allah bangunkanlah aku awal tuk solat esok n pegi kelas".n then da set alarm sekuat alam...letak bom pun sama je kot.haha.tapi tu la...selalunya benda yang berlaku bukan seperti kehendak kita kan..advice!
2.sejak dua menjak ni dak2 umah aku salu tertipu dek penangan jam dinding umah aku...salu diorang sebut "peh saiko seyh jam nih" ada pula kata "peh aku ingat da lambat tadi.cis" mcm bese manusia suka bercakap dari mebuat tindakan.ahaks
3.bila ada kelas pagi susah nak manage masa..kena pulak bila satu umah semua kelas kul 8..x ke haru jadinya...nak amik queue lagi...rasanya aku nak wat sistem nombor mcm kat bank la...efisien skit pegerakan diorang ni..xpun letak loceng..mknanya setiap orang da disetkan bapa minit je tuk mandi...fyi besela waktu pagi masing2 mcm ngegada nak mandi lebih2..then masing2 mcm da janji semua nak bngun kul 7.30 pagi!
4.aku rasa jarang aku sampai kelas sebelum kol 8...penah gak la...tapi sebab nak pezent kot..2 ke 3 kali je...advice!
5.sejak dua menjak ni aku rasa distance umah aku ke uitm ni jauh sgt...dulu aku rasa mcm kejap je..sekarang take 10 minute tuk 9km perjalanan...tu pun bwk 110 ke atas...ke mcmana ae...dulu aku rasa sekejap je sampai...dan kesannya aku salu pegi shell topup minyak.dammit.advice!
begitulah ceritanya...so any advice 4 me?haha...
p/s : tengah nak belaja disiplinkan diri tuk semua perkara..ahaks

ANDAI DAPAT KU UNDUR KAN PUTARAN DUNIA

yahuuuu..uuu..uu....bestnya terasa lapang giler otak n dada ni...napa?sila scroll mouse anda
1 .mlm td aku bole layan tenet sampai tengah pagi...padahal ada test..tapi insctinct aku kata "xpayahla farid..lek sudah" aku pun layankan je...so pg td baru baca sampai brand equity...layan gak la p klas marcom...nak tgu 2 jam lamanya...perut da nek senak...habis kelas je lec ckap "td sy da bincang ngan miss zue dia kata jgn buat test 1 dulu selagi silibus xhabis.takut xsempat.esok kita msuk topik budgeting" wah! gembiranya aku...as i wish...test 1 marcom postponed tuk kali kedua...ahaks...
2. mlm ni just prepare tuk ctu jumaat ni..test kol 12-1 lak tu...cmana nak baca khutbah ni..ngehe...
3. esok lak kena submit asgmt sales n jumaat draf pezent next week...as i wish..ok la...lau x mlm ni aku da berhempas pulas tuk marcom...
4. ha lagi satu klas channel xde esok..dak2 muet guna kelas kitaorang tapi kena ganti jumaat pagi..wawawa...lek sudey....
p/s: kepada penduduk segamat jemput dtg ke gerai nasi beringin dekat petronas jumaat ni..tokey kedai wat open house kat situ start dari lepas solat jumaat...mari dtg beramai ramai..mkn free beb..ahaks...

Tuesday, October 6, 2009

NITE FEVER

Wah bengangnya...tadi p mam kat beringin...malas nak p teratak..tapi mak datok lambat gila masak..dekat sejam tunggu...geram tol....makcik tu yang masak makcik tu gak kira...apa guna pekerja dia xkan amik order je kot.tukang masak sorang lak tu adoyai..pasni boikot la...haha....la ni aku masih melekat kat pc lagi...farid napa malas sgt..aku pun tatau..padahal esok test marcom jumaat ctu...xstudi apa lagi...ya Allah napa malas sgt..mata da ngantuk ni...help me