Sunday, November 1, 2009

SEJARAH PENTING MENUJU KEMERDEKAAN

Parti Perikatan
Parti Perikatan terawal ialah UMNO dan MCA.Mereka bergabung dan bertanding di pilhanraya Kuala Lumpur dan menang 9 kerusi.Berikutan itu mereka menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada 1949 untuk membincangkan masalah ekonomi,politik di kalangan etnik.
Pilihanraya Persekutuan 3 Februari 1953
Parti Perikatan dengan keanggotaan UMNO,MCA dan MIC bertanding di pilihanraya persekutuan yang pertama.Mereka menang 51 kerusi dari 52 kerusi yang dipertandingkan.Ini memberi isyarat kepada British bahawa rakyat Tanah Melayu telah bersedia dan bersatu padu untuk mencapai kemerdekaan.
Perjanjian London Januari 1956
Rombongan kemerdekaan berangkat ke London untuk mendapatkan kemerdekaan dari British.Tunku Abdul Rahman mewakili rombongan tersebut bersama 8 orang wakil dari Raja Raja Melayu dan Parti Perikatan..Antara wakil raja ialah Datuk Panglima Bukit Gantang,Datuk Aziz Majid dan wakil Perikatan ialah Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak,Tun H.S Lee.Akhirnya pada 8 Februari 1956 British telah menandatangani Perjanjian London dan bagi kemerdekaan kat Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Melalui perjanjian tersebut:
a) 9 buah negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu termasuk Melaka.Singapura tanah jajahan berasingan.
b) British menempatkan tenteranya di Tanah Melayu
c) Suruhanjaya Reid ditubuhkan
d)Tanah Melayu dalam lingkunganKomanwel dan mengamalkan pemerintahan demokrasi
Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Reid ini ditubuhkan pada 1956 untuk menggubal Perlembagaan Malaysia yang sedia ada.Perlembagaan yang hendak digubal hendaklah mengambil kira:
a) Kerajaan Pusat yang kukuh
b) Memelihara kedudukan Raja Raja Melayu
c) Memelihara hak orang Melayu
d)Mewujudkan jawatan YDP Agong
Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk mendapatkan persetujuan dan pandangan dari orang ramai,parti politik,individu dan Raja Raja berkaitan penggubalan dasar Perlembagaan khususnya berkaitan hak istimewa org Melayu.Inilah yang dinamakan sebagai kontrak sosial.Melaluinya 131 memorandum dicapai.Akhrnya Perlembagaan Malaysia diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

1 comment:

  1. salam Takzim http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

    kembali ke fakta sejarah Tanah melayu... aku teringat masa belajar sejarah... dulu dulu...
    Malaysia dibentuk dengan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah (Brunei menarik diri pada saat akhir dan tidak menyertai Malaysia, walaupun bersetuju pada mulanya).
    walau bagaimana pun Singapura kemudiannya keluar daripada Persekutuan pada Ogos 1965 selepas hampir dua tahun dalam Persekutuan Malaysia. Sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia ini seharusnya difahami semua warga negara Malaysia tidak kira apa bangsa dan keturunan, kerana ini adalah sejarah negara. Tanpa memahami sejarah negara, warga akan kurang mengerti apa sudah berlaku dan yang sedang berlaku kini. Apa yang berlaku pada hari ini mempunyai hubungan dengan apa yang berlaku semalam. Setiap warga harus melihat sejarah kerana ia mempunyai banyak pengajaran dan boleh mengelak keburukan berulang.

    ReplyDelete

komen je la pape ye...